Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang membawa dadah serta bertindak merempuh empat buah kenderaan di Jalan Cheras, pada Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta Honda City merempuh empat buah kenderaan ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sunway Medical Centre Cheras, pada jam 9.40 malam.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
“Kenderaan yang dipandu suspek telah melanggar kereta Perodua Bezza dari sisi sebelah kanan, kemudian merempuh sebuah lagi kenderaan jenis Inokom Atos pada bahagian belakang.
“Kereta dipandu suspek turut melanggar kereta Suzuki Swift pada bahagian sisi kanan, manakala kereta Perodua Alza pada bahagian sisi sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Rusdi berkata, suspek kemudian telah memberhentikan keretanya di kawasan berhampiran Lobi Sunway Medical Centre Cheras, sebelum melarikan diri. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal ke atas kereta suspek telah menjumpai empat paket dadah jenis methamphetamine, tiga keping eremin 5, dua peket dadah ketamin dan tujuh biji pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM10,577.
Pihak polis turut merampas sebuah kereta Honda City warna putih, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenis dan dua kad akses kediaman. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Rusdi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 atau Hotline Trafik KL di talian 03-2071 9999/ 03-2071 9777, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Media Telus
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI