ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis buru tiga suspek kes samun Y Suku ditunggangi sepasang kekasih

Berita Tempatan

Views

Polis kini sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga tempatan yang terlibat dalam satu kejadian samun motosikal melibatkan mangsa sepasang kekasih di Jalan Kuching di Kuala Lumpur, lewat malam kelmarin.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.10 malam sewaktu pasangan berkenaan sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR menghala ke Jinjang.

Katanya, pasangan berkenaan telah dihampiri oleh dua lelaki menaiki motosikal jenis RS150 berwarna kelabu yang bertindak menarik tangan salah seorang mangsa serta melibas kepalanya menggunakan mangga rantai motosikal di bahagian belakang topi keledar.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Mangsa kemudiannya membuat pusingan U dan berpatah balik ke Jalan Kuching menghala ke pusat bandar namun sekali lagi telah dihimpit oleh motosikal sama dan terbabas ke pembahagi jalan selepas salah seorang suspek menendang motosikal dinaiki mereka.

Eng Lai berkata, sewaktu pasangan berkenaan sedang terbaring di atas jalan, salah seorang suspek telah bertindak membawa lari motosikal milik mangsa dan dengan bantuan orang awam, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecet pada bahagian muka, melecet di
tangan kedua belah tangan, luka empat jahitan di lengan sebelah kanan dan luka melecet di lutut kedua-dua belah kaki.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Teman wanita mangsa pula mengalami kecederaan luka besar pada bahu kanan dan kini masih ditahan di Hospital Kuala Lumpur kerana tidak sedarkan diri. Jelas Eng Lai, siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki dipercayai warga tempatan dan pihak polis kini sedang giat mengesan serta mengenal pasti identiti kesemua suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian ini atau mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2206 untuk menyalurkan maklumat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply