ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari pemandu Proton Iswara rempuh kereta peronda

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki warga tempatan sedang diburu selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic sebanyak dua kali di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway, kelmarin.

K! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira 7.25 petang itu, suspek memandu sebuah kereta jenis Proton Iswara yang pernah dilaporkan hilang pada 21 Jun lalu di sekitar Batu 9, Cheras.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian berlaku selepas anggota MPV ingin melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Jelasnya, apabila pemeriksaan cuba dibuat, suspek telah mengundurkan kereta dengan laju sehingga melanggar kenderaan MPV yang dinaiki dua anggota itu. Suspek yang menaiki kenderaan itu telah melarikan sebelum kenderaan suspek berjaya disekat di jalan susur keluar Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

 

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Abd Khalid memberitahu, suspek sekali lagi bertindak mengundurkan kenderaan dan melanggar kenderaan MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk kali kedua. Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan MPV rosak teruk di bahagian hadapan dan tidak dapat bergerak.

Suspek turut berjaya melarikan diri bersama kenderaan. Hebahan telah dibuat untuk menggerakkan semua elemen yang berada di lapangan untuk mengesan dan menangkap suspek. Anggota terlibat dalam kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam, Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah oleh penjawat awam dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply