ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis kenal pasti pemandu Perodua Bezza lawan arus

Tular

Views

Polis sudah mengenal pasti pemandu kereta Perodua Bezza yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru, di Pasir Gudang.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata ia susulan rakaman video yang tular di berhubung sebuah kenderaan dipandu secara berbahaya dipercayai berlaku jam 11.45 malam, Jumaat lalu.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Polis mengesahkan satu kes memandu secara melulu dan berbahaya membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza warna coklat yang dirakam melawan arus.

Bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesan pemilik dan pemandu yang membawa kenderaan itu, jam 7 malam kelmarin.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Pihak polis sudah mengarahkan pemandu berkenaan supaya tampil memberi keterangan, selain kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Terdahulu, tular video berdurasi 41 saat di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan memandu melawan arus di lebuh raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply