Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi selepas terbabit kemalangan di Kilometer (KM)43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, tular klip video berdurasi 1 minit 20 saat di laman sosial pada Ahad kira-kira jam 8 malam memaparkan kemalangan tiga penunggang motosikal berkuasa tinggi di tempat kejadian.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 9.45 pagi hari yang sama. “Motosikal yang ditunggang hilang kawalan tergelincir lalu terbabas masuk di bahu kiri jalan.
“Salah seorang penunggang yang berjaya dikesan memaklumkan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan manakala dua lagi belum dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Ujarnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan menghubungi penunggang berkenaan untuk tampil memberikan kerjasama.
Jelasnya, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Beliau juga meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas serta mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak sesekali dijadikan seperti litar oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit POLIS Bentong
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI