Rasa tidak puas hati di jalan raya menjadi punca penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di Klang, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 malam daripada orang awam yang memaklumkan mengenai pergaduhan melibatkan seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal.
“Hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca apabila mangsa berusia 50 tahun menunggang motosikalnya sambil mengelak jalan tidak rata.
“Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan pemandu kereta berusia 37 tahun yang membunyikan hon untuk menegur,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Ramli berkata, mangsa dikatakan tidak berpuas hati lalu mengejar suspek hingga berlaku pertengkaran di lokasi kejadian.
“Ketika pertengkaran, mangsa dipercayai mengetuk cermin hadapan kereta suspek dengan topi keledar hingga menyebabkan kerosakan.
“Suspek kemudian bertindak melanggar mangsa hingga motosikal mangsa terseret di bawah kereta,” katanya.
Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di kedua-dua kaki, bahu dan terkehel pada bahu kiri, dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
“Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital,” katanya. Ramli berkata, susulan kejadian itu, suspek telah ditahan di Klang pada jam 1.15 pagi Ahad.
“Hasil semakan mendapati dia mempunyai empat rekod jenayah lampau. Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurutnya, pihak polis turut mengesan satu video tular memaparkan kejadian itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan bagi mengelakkan kegusaran masyarakat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026a
KOMEN TERKINI