ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis lepas 10 das tembakan dan hambat lori dipandu lelaki ‘lalok’ dadah sejauh 50km

Tular

Views

Polis melepaskan 10 das tembakan bagi memberhentikan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai di bawah pengaruh dadah dalam kejadian 12.25 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian bermula selepas lori dipandu suspek tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar, berikutan ada sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, tindakan suspek itu menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 40 tahun.

Tambahnya, sebaik melanggar motosikal berkenaan, suspek melarikan diri sebelum anggota polis mengejar lori berkenaan.

Ketika melarikan diri, suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan cuba menghimpit beberapa kali motosikal ditunggang anggota polis trafik dan hampir melanggarnya serta pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Chang Hook berkata, melihat keadaan bahaya dicetuskan pemandu lori itu, polis melepaskan 10 das tembakan pada bahagian tayar bagi memberhentikan lori berkenaan namun suspek enggan, sebaliknya terus memandu dalam keadaan tayar lori sudah pecah.

Bagaimanapun, katanya selepas 50 kilometer dikejar, suspek berjaya ditangkap berhampiran sebuah ladang kelapa sawit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan,. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply