ARKIB

KATEGORI

Buletin

Botol berisi air kencing antara sampah dikutip di LTU

Berita Tempatan

Views

Botol berisi air kencing merupakan antara sampah yang dikutip di tepi laluan jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Lipis selain pelbagai sampah lain yang dibuang pengguna di laluan berkenaan.

Operasi kutipan sampah dilakukan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Alam Flora Sdn Bhd bermula semalam bagi memastikan kebersihan kawasan laluan berkenaan yang sering berhadapan isu pembuangan sampah.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid berkata, dalam operasi berkenaan mendapati sampah seperti plastik, polisterin dan botol dan tin air minuman paling banyak dibuang pengguna jalan raya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ujar beliau, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan kutipan sampah secara berkala dan juga meletakkan tong sampah di kawasan dikenalpasti.

Pihaknya juga melakukan pemantauan pada waktu malam dan bertemu dengan pengguna jalan raya yang berhenti di laluan berkenaan.

Menurutnya pemantauan akan dilakukan berterusan di sepanjang laluan LTU iaitu dari Bentong hingga ke Lipis. Beliau berkata, pihaknya bercadang meletakkan lebih banyak tong sampah di kawasan yang menjadi lokasi pengguna LTU berhenti.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jelasnya, kawasan yang mempunyai lampu jalan dilihat menjadi lokasi pengguna LTU berhenti pada waktu malam untuk berehat.

“Kita lihat kawasan yang berhampiran tong sampah keadaan kebersihan lebih baik, jadi kita menambah jumlah tong sampah di kawasan dikenalpasti.

“Kita dapati walaupun masih ada pembuangan sampah tetapi pada masa ini ia semakin terkawal,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply