ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji Ford Ranger Raptor semasa PKP

Tular

Views

Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar dan video tular dipercayai membabitkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa memandu uji kereta jenis Ford Ranger Raptor di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, semalam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Jelas beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung gambar dan video tular tersebut, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan. Polis juga akan memanggil semua pihak terlibat termasuk penjual kereta, Menteri Besar (Kedah) dan mereka yang ada semasa kejadian itu.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Semalam seorang pengguna Facebook memuat naik hantaran dan beberapa keping gambar di dalam laman sosial yang mendakwa beberapa individu termasuk dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta di pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Hantaran itu tular di dalam laman sosial media dan mendapat kecaman warganet yang melahirkan rasa tidak puas hati termasuk mendesak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan. Meskipun hantaran asal pengguna Facebook itu dipadamkan, namun ia sempat dikongsikan dan ditular semula menerusi akaun Facebook pihak lain sehingga kini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply