ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang motosikal mabuk cedera rempuh kawat duri

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk cedera selepas merempuh kawat duri yang dipasang di satu lokasi di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di Ipoh, hari ini. Menurut K! ONLINE, kampung tersebut yang terletak di Gugusan Manjoi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 19 Jun depan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, laporan polis dibuat oleh anggotanya setelah melihat video tular kejadian itu kerana melibatkan kerosakan harta kerajaan. Kata beliau, berdasarkan maklumat, pihaknya telah ke sebuah rumah dan mendapati motosikal dalam video tular itu ada di kediaman berkenaan.

Pemeriksaan mendapati, ada seorang lelaki berusia 34 tahun sedang terbaring di atas tilam dengan keadaan luka-luka pada badan. Berdasarkan temu bual, lelaki terbabit memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan dia menunggang motosikal seorang diri dalam keadaan mabuk untuk pergi ke rumah rakan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Kata A. Asmadi, lelaki itu yang terjatuh setelah melanggar kawat duri telah meninggalkan motosikal dan balik ke rumah dengan berjalan kaki. Dia yang bukan penduduk kawasan itu memberitahu tidak tahu kawasan berkenaan telah diisytiharkan sebagai PKPD.

Tambah A. Asmadi lagi, lelaki itu mengalami luka-luka pada kaki dan tangan dan telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply