ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat lelaki cabut dan buang nombor plat Viva dalam video tular

Tular

Views

Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang lelaki yang dirakam merosakkan sebuah kenderaan dengan mencabut nombor pendaftaran di Jalan Kuchai Maju, Brickfields, di Kuala Lumpur.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata polis mengesan satu video yang dimuat naik pada laman sosial Facebook sejak semalam.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Jelasnya, rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki mencabut nombor pendaftaran sebuah kereta Perodua Viva dan mencampakkannya ke jalan.

Kejadian itu disyaki berpunca akibat meletakkan kenderaan secara berlapis. Amihizam berkata, setakat ini polis tidak menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan, namun akan menjalankan siasatan mengenainya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau berkata, polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya melalui Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan seorang lelaki mengundurkan keretanya yang terhalang oleh sebuah Viva dipercayai untuk keluar.

Selepas mengundurkan kereta, lelaki itu dilihat keluar daripada kenderaannya lalu mencabut nombor pendaftaran Viva berkenaan sebelum dilihat beredar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply