ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tahan pemandu Toyota Harrier cuba larikan sejauh 2km, rupanya ada 8 rekod jenayah

Berita Tempatan

Views

Polis menahan seorang lelaki selepas cuba melarikan diri dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) secara berbahaya sejauh kira-kira dua kilometer (km) dekat Wangsa Maju, tengah malam kelmarin.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian pada jam 12.15 tengah malam, sepasukan anggota Balai Polis Jalan Tun Razak sedang melakukan rondaan sekitar Taman Tasik Titiwangsa, sebelum melihat sebuah Toyota Harrier yang diparkir dan dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kuantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata anggota kemudian menghampiri kenderaan itu untuk tujuan pemeriksaan, namun suspek melarikan diri dengan pemanduan agresif dan berbahaya.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Katanya, ia menyebabkan kerosakan beberapa kenderaan dan gerai di kawasan berkenaan, sebelum polis mengekori kenderaan suspek kira-kira dua kilometer hingga ia berhenti di Jalan Ayer Embun berdekatan Masjid Ibnu Sina Titiwangsa.

Pemandu kenderaan ditahan manakala seorang penumpangnya melarikan diri. Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang disyaki hasil kegiatan jenayah.

Semakan lanjut mendapati SUV berkenaan dilaporkan hilang serta menggunakan nombor pendaftaran palsu. Suspek turut didapati mempunyai lapan rekod jenayah.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK) kerana menakutkan penjawat awam ketika menjalankan tugas, Seksyen 186 KK (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) serta Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (gagal mengemukakan pengenalan diri semasa pemeriksaan dilakukan).

Pemilik gerai dan kenderaan dilanggar SUV itu serta saksi awam boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Chew Lai Chang di talian 012-274 9097 atau pegawai penyiasat, Inspektor Abdul Hakeem Abdullah (012-922 5687) bagi membantu siasatan.

Mereka juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2146 0584/0585) atau mana-mana balai polis berdekatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply