ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fasiliti UMW Toyota Motor di Bukit Raja terima kunjungan istimewa mantan PM Jepun, Shinzo Abe

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini UMW Toyota Motor menerima kunjungan istimewa, iaitu mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersama delegasinya ke kilang pengeluaran di Bukit Raja.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Mantan Perdana Menteri Jepun itu berkunjung ke Malaysia sebagai utusan khas kerajaan Perdana Menteri, Fumio Kishida, sempena memperingati ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun, dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk menerima kunjungan Shinzo Abe dan beliau dapat melihat sendiri transformasi sektor automotif Malaysia ke arah mobiliti mampan melalui pengenalan Teknologi Elektrik Hibrid Toyota.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Pada bulan Januari tahun ini, pihaknya telah memperkenalkan Kenderaan Elektrik Hibrid pemasangan tempatan (CKD) yang pertama, Corolla Cross Hybrid. Fasiliti di Bukit Raja berada di kedudukan terbaik sebagai peneraju aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif dalam Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Kilang yang dibina dengan nilai pelaburan sebanyak RM2 bilion dan dilengkapi dengan teknologi inovatif yang termoden, paling canggih dan cekap yang mampu menghasilkan sebanyak 50,000 unit kereta setahun. Ia kini mengeluarkan Toyota Vios, Yaris dan Corolla Cross, termasuk Corolla Cross Hybrid.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply