ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis tahan pemandu Vellfire langgar warga emas dalam video tular

Tular

Views

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang tular disyaki terlibat dalam kemalangan melibatkan seorang lelaki warga emas di Pandamaran Jaya, pagi semalam telah ditahan polis.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Menurut KOSMO!ONLINE, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pemandu yang merupakan lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan 1987. Polis mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini berlaku.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang lelaki warga emas cedera parah selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV di Pandamaran Jaya, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi mengakibatkan Mohd Shariff Semin, 63, patah pada dua bahagian tulang rusuk, kaki dan tangan kanan. Detik-detik kemalangan tersebut tular menerusi video berdurasi satu minit di laman sosial Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply