ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan nyaris kena terkam harimau belang, dihambat hampir 5km

Berita Tempatan

Views

Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas dikejar seekor harimau belang di Taman Bersekutu berhampiran Kampung Sura di Dungun, malam kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian pada 8.40 malam itu, Mohd Shafiq Mamat, 27, terselamat dengan memecut motosikal yang ditunggangnya bersendirian selaju mungkin.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Menceritakan semula sewaktu kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permint selepas selesai menghantar makanan dipesan pelanggan yang menetap di kawasan perumahan berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, dia ternampak kelibat ‘Pak Belang’ tersebut melalui cahaya lampu motosikal selepas melalui sebuah jambatan.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Dia panik apabila harimau tersebut yang berada di sebelah kanan jalan cuba menerkamnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus memecut laju motosikal.

Mohd Shafiq yang baru dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan berkata, harimau tersebut terus mengejarnya sehingga sejauh kira-kira lima kilometer.

Tambahnya lagi, pada masa itu dia ‘tidak fikir panjang’ selain ‘memulas pendikit (throttle) sekuat hati’ agar motosikal dinaikinya dapat memecut laju.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply