ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tembak tayar Toyota Hilux dipandu pengedar dadah, temui 162 biji pil syabu

Berita Tempatan

Views

Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah selepas cuba merempuh anggota polis di Laloh, di Kuala Krai semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam itu, suspek berusia 45 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berjaya dicekup selepas 40 minit dikejar anggota kereta peronda (MPV).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, unit MPV cuba menahan kenderaan terbabit selepas mendapati ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemandu trak pikap itu bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis sebelum bertindak meloloskan diri, namun kemudiannya berjaya ditahan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hasil pemeriksaan menjumpai satu bungkusan plastik berisi 162 biji pil disyaki dadah jenis methamphetamine dan sebilah parang bersarung hitam di dalam kenderaan tersebut.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis emphetamine dan mempunyai dua rekod lampau berkait kesalahan dadah. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply