ARKIB

KATEGORI

Buletin

Allianz tawar perlindungan pengecas mudah alih menerusi ‘Allianz EV Shield’, yang pertama dalam industri

Berita Tempatan

Views

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) baru-baru ini telah melancarkan sebuah produk insurans baharu, iaitu Perlindungan EV Allianz untuk Kenderaan Elektrik (EV) .

Ia merupakan produk insurans yang pertama seumpamanya dalam industri untuk pengecasan secara mudah alih yang menjadi kebimbangan pemilik kereta EV yang kehabisan bateri.

Allianz EV Rangers telah memulakan operasinya di Lembah Klang bagi menyediakan perkhidmatan pengecasan mudah alih yang boleh mengecas kenderaan untuk sampai ke fasiliti pengecasan yang terdekat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, pihaknya telah mengenal pasti titik sentuh yang biasa dihadapi oleh pelanggan dan telah mencipta penyelesaian yang menyeluruh.

Antara manfaat Perlindungan EV Allianz termasuklah RM15,000 untuk kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kotak dinding pengecas dan RM2,000 untuk kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kabel pengecas mudah alih.

Jika kejadian yang tidak diingini berlaku ketika menggunakan Pengecas EV awam, sebuah perlindungan Ehsan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan untuk kos pembaikan atau, untuk perbelanjaan perubatan jika kenderaan rosak dan orang yang diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, orang yang diinsuranskan dilindungi sehingga RM50,000 untuk kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta yang disebabkan oleh penggunaan langsung pengecas dinding EV di rumah oleh orang yang diinsuranskan.

Tambah Sean Wang, ‘pelanggan mereka tidak akan berdepan dengan ugutan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab’ yang memaksa mangsa untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel yang tidak bertauliah.

Perlindungan EV Allianz ialah produk insurans terbaharu yang sebahagian dari pakej penyelesaian insurans yang komprehensif dan bantuan tepi jalan yang disediakan oleh peneraju industri untuk penyelesaian insurans motor.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle/ev-shield.html.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply