ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis Terengganu pantau suhu badan dengan dron

Berita Tempatan

Views

Polis Terengganu menggunakan sebuah dron bagi mengesan individu dengan bacaan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius di tempat awam sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata dron dilengkapi teknologi pengimbas itu mampu mengesan suhu badan dalam kelompok manusia pada jarak 20 meter dari udara.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kata beliau, pihaknya sudah menetapkan suhu 37.5 darjah Celsius pada dron itu dan sesiapa yang melebihi suhu itu, lampu merah akan bernyala dan anggota penguat kuasa akan ke lapangan untuk mengesan individu yang bergejala itu.

Tambah Rohaimi, pihaknya ada 157 pasukan pemantau di seluruh Terengganu, tetapi kita tidak dapat memantau sepenuhnya setiap premis atau lokasi yang menjadi tumpuan memandangkan mereka ini bergerak.

Jadi, penggunaan dron ini sedikit sebanyak membantu kita melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Beliau ditemui selepas melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 daerah Kuala Terengganu di Jambatan Sultan Mahmud, semalam. Rohaimi berkata, penggunaan dron yang turut dilengkapi pembesar suara itu pernah digunakan ketika PKP 1.0, namun hanya untuk membuat pengumuman kepada orang ramai.

Katanya, penggunaan alat itu kali ini lebih kepada tindakan penguatkuasaan untuk mengenal pasti pelanggaran SOP dalam kalangan masyarakat. Dron ini diletakkan di tempat tumpuan termasuk tempat yang mempunyai kebenaran berurusan, namun jika ada isu pelanggaran SOP, pihaknya akan meletakkanya di sana untuk membantu pemantauan.

Polis Terengganu pernah menggunakan dua dron di tiga kampung di Dungun bagi memastikan penduduk patuh ketika pelaksanaan PKP pada April tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Terengganu

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply