ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis terima laporan warga asing pandu Mitsubishi Lancer cuba pukul pemandu Toyota Fortuner dengan tongkat kayu

Tular

Views

Polis mengesahkan video tular memaparkan pergaduhan membabitkan pengguna jalan raya termasuk ada yang dilihat menggunakan tongkat kayu, berlaku di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Pagoh, di Muar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya turut menerima satu laporan polis mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.58 petang tadi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan warga asing dengan rakyat tempatan, dengan satu video berdurasi 54 saat turut dikesan yang dimuat naik di media sosial berhubung pergaduhan terbabit.

“Setakat ini, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pagoh mengenai insiden itu. “Polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh,” katanya melalui kenyataan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berdasarkan video terbabit, insiden berlaku ketika lebuh raya sesak membabitkan lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer dengan pemandu Toyota Fortuner dipercayai warga tempatan.

Pemandu Mitsubishi dilihat cuba melanggar seorang lelaki sebelum keluar dari kenderaan sambil membawa tongkat kayu dan memukul pemandu Toyota Fortuner.

Bagaimanapun, insiden itu dileraikan pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di lokasi. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply