ARKIB

KATEGORI

Tular

Penunggang motosikal ‘rosakkan cermin sisi’ kereta di lorong SmartLane

Tular

Views

Satu klip video yang memaparkan seorang penunggang motosikal merosakkan cermin sisi sebuah kereta tular di media sosial.

Menerusi hantaran Akhi Ismile di Facebook, cermin sisi keretanya ditujal ketika menggunakan laluan Smartlane ketika berhampiran persimpangan Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Di laluan SmartLane pun kena tendang side mirror. Tepi highway selang 500 meter (m) ada signboard SmartLane,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi kerosakan cermin sisi keretanya akibat perbuatan penunggang motosikal terbabit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tidak puas hati melihat aksi penunggang berkenaan, orang ramai mengecam dan berharap pelaku dapat diambil tindakan dengan segera.

“Rider tak cakna pasal SmartLane la tu. benda dah “halal” guna pun masih ingat “haram” kereta guna,” komen Mohd Saifullah. “Report polis lah, tengok samseng mcm mana,” kata Mohamad Amirul Jais.

“Majoriti tak tahu kewujudan SmartLane, duduk dalam gua mungkin. Bertabahlah owner, nombor plat dah dapat. Harap ada tindakan pihak berkuasa,” ujar Akmal Dahlan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Akhi Ismile

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply