ARKIB

KATEGORI

Buletin

Porsche 911 Dakar terbabas langgar tiang lampu, warga Singapura parah

Berita Tempatan

Views

Lelaki warga Singapura parah apabila kereta mewah jenis Porsche 911 Dakar dipandu terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing di Kluang, hari ini.

Dalam kemalangan 10 pagi itu, mangsa yang juga pemandu kereta patah kaki kiri, luka di tangan dan kaki manakala isterinya luka di tangan dan kaki.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa bersama beberapa kereta mewah dari Singapura sedang berkonvoi dari arah bandar ini menuju Mersing.

Tambah beliau, pemandu dan penumpang hadapan Porsche 911 Dakar adalah suami isteri warga Singapura.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Hasil siasatan awal mendapati ketika melalui jalan selekoh ke kanan, kereta terbabit terbabas lalu terlanggar tiang lampu tanpa membabitkan kenderaan lain.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Yun Gaming Yiyi

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply