ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pos Malaysia tambah 1,092 unit motosikal elektrik Modenas MEV-1 PRO

Berita Tempatan

Views

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), mengumumkan penambahan 1,092 unit motosikal elektrik MEV-1 PRO ke dalam armadanya.

Langkah ini merupakan hasil kerjasama dengan Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan penyedia program pajakan DRB-HICOM EZ-Drive Sdn Bhd (AVIS).

Pengembangan armada ini menyokong komitmen Pos Malaysia untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya bagi armada penghantaran jarak pertama dan terakhirnya menjelang 2030, selaras dengan sasaran Sifar Bersih menjelang 2050.

Motosikal-motosikal ini akan dihantar secara berperingkat dan akan menyertai armada kenderaan elektrik sedia ada milik syarikat, termasuk 220 motosikal elektrik dan 143 van elektrik.

Selain 1,092 motosikal elektrik Modenas yang terkini, Pos Malaysia juga dijangka menambah van elektrik baharu ke dalam armadanya yang semakin berkembang pada tahun depan.

Armada baharu motosikal elektrik yang dijadualkan dihantar kepada Pos Malaysia secara berperingkat akan melengkapkan 220 buah motosikal elektrik serta 143 buah van elektrik sedia ada.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

MEV-1 PRO direka khas untuk tujuan B2B, memenuhi keperluan spesifik dan tuntutan operasi perkhidmatan logistik dan penghantaran.

Selain itu, Modenas akan memperluas ketersediaan motosikal EV untuk pasaran B2C, dengan model yang lebih mampu milik akan dilancarkan pada Suku Pertama 2025 dan akses B2C yang lebih luas dirancang untuk Suku Kedua 2025.

Modenas akan menyediakan penyelenggaraan dan servis yang menyeluruh untuk MEV-1 PRO melalui rangkaian pusat servisnya di seluruh negara.

MEV-1 PRO menjadi pilihan utama bagi Pos Malaysia kerana ketahanannya yang luar biasa, kecekapan bateri, dan kuasanya serta ciri-ciri yang sangat diperlukan oleh pasukan penghantaran Pos Malaysia.

Direka untuk menampung beban berat, ia menyokong kapasiti keseluruhan hingga 250 kg, termasuk berat penunggang hingga 100 kg dan kargo hingga 150 kg.

MEV-1 PRO mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 4.3 kW dan berkeupayaan untuk mendaki cerun sehingga 19 darjah.

Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao yakin bahawa armada EV yang diperluas ini akan membolehkan mereka membuat penghantaran yang lebih selamat dan cekap, sambil menyumbang kepada udara yang lebih bersih serta persekitaran yang lebih sihat.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

CEO Modenas, Roslan Roskan menambah, MEV-1 PRO menggambarkan dedikasi pihaknya terhadap pilihan pengangkutan yang praktikal dan mesra alam untuk sektor B2B di Malaysia.

Menurut CEO AVIS, Mohd Syahrul Yusuf, pihaknya berbangga untuk bekerjasama dengan Pos Malaysia dan Modenas dalam inisiatif ini, menyokong bukan sahaja logistik yang lebih hijau tetapi juga matlamat alam sekitar Malaysia yang lebih luas.

Pelan Hala Tuju Kelestarian Pos Malaysia merangkumi enam bidang kerja utama iaitu, kaedah penghantaran, pengoptimuman armada, bangunan hijau, pengurusan sisa, pengguna mesra alam, dan rantaian bekalan yang bertanggungjawab.

Beberapa pencapaian ketara setakat ini termasuk 2.8 juta kilometer bersih yang dihantar oleh armada EV sedia ada, bersamaan dengan pemanduan 71 kali mengelilingi bumi.

Pada tahun 2025, Pos Malaysia akan menambah van elektrik baharu, mengukuhkan matlamat armada 100 peratus elektrik untuk jarak pertama dan terakhir menjelang 2030.

Pos Malaysia juga adalah syarikat peserta UN Global Compact (UNGC) dan ahli program International Post Corporation (IPC) Sustainability Measurement and Management System (SMMS) dan menyumbang secara aktif kepada pengurusan kelestarian dan mengurangkan jejak karbon dalam industri pos dan penghantaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply