ARKIB

KATEGORI

Buletin

Potong barisan dan langgar lampu isyarat merah, Polis Kedah keluarkan 244 saman

Berita Tempatan

Views

Polis Kedah mengeluarkan 244 saman membabitkan kesalahan memotong barisan dan tidak berhenti semasa lampu isyarat merah dalam 16 operasi di lima daerah di negeri ini sejak 1 Januari hingga semalam.

Berita Harian melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin, berkata kesalahan yang dilakukan itu adalah antara penyumbang terbesar kemalangan yang boleh mengundang maut.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Beliau berkata, daerah Kulim mencatatkan saman tertinggi bagi kesalahan tidak berhenti semasa lampu merah, iaitu 62, diikuti Kuala Muda (52), Kubang Pasu (21), Kota Setar (16) dan Pendang (9).

Jelasnya, saman yang dikeluarkan untuk potong barisan yang tertinggi juga di Kulim iaitu 52, manakala di Kota Setar sebanyak 21 dan Kuala Muda sebanyak 11 saman, menjadikan jumlah keseluruhan 84 saman.

Mohd Mahiri berkata, saman terhadap pemandu kereta tertinggi dikeluarkan di lima daerah sama, iaitu sebanyak 140 berbanding penunggang motosikal (70), lori (3) dan lain-lain (31). Statistik ini menunjukkan sikap pengguna jalan raya masih mengingkari undang-undang.

JSPT Kedah akan terus melaksanakan penguatkuasaan ini secara berkala bagi mendisiplinkan pengguna yang juga dinasihatkan mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelak kemalangan dan mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen KEDAH

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply