ARKIB

KATEGORI

Buletin

PPV pandu lalu kedua kini di Cheras

Berita Tempatan

Views

Pusat pemberian vaksin secara pandu lalu akan dilaksana di Hospital Pakar Kanak-Kanak, dekat Cheras, bagi mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menurut Berita Harian, pendekatan kali kedua itu diperluas selepas projek perintis di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, menunjukkan kejayaan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pemberian vaksin berteraskan kaedah pandu lalu itu berfokus kepada penerima dalam kalangan penduduk di kawasan bandar. Katanya, ia terutama bagi mereka yang mempunyai masalah capaian vaksin, masalah kemudahan kenderaan untuk mendapatkan vaksin dan lain-lain lagi.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Tambah beliau, ini menjadikan PPV Institusi Pengajian Tinggi di Hospital Canselor Tunku Mukhriz sebagai PPV kedua yang menyediakan khidmat pemberian vaksin secara pandu lalu dan pertama untuk berteraskan kaedah bergerak.

Dengan adanya pelaksanaan program pemberian vaksin secara pandu lalu dan bergerak ini, berupaya mempercepat proses pemberian suntikan pelalian, sekali gus mencapai imuniti kelompok dalam tempoh lebih singkat. Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply