Kami menerima beberapa lagi info tambahan mengenai Proton Persona MC2 menerusi paparan slaid yang dikongsikan oleh salah seorang rakan pembaca bernama We Ok di ruangan komen Facebook kami. Persona MC2 akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu Standard 1.6L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.
Sepertimana yang kami war-warkan dalam artikel siang tadi, Proton tidak lagi menawarkan transmisi manual pada model ini dan hanya transmisi CVT sahaja yang akan dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission) akan ditawarkan.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Selain itu, model sedan ini turut mengalami perubahan kosmetik terutama pada bampar depan dan belakang serta ruang kabin yang dikemaskini dengan rekaan konsol tengah papan pemuka gaya baharu dengan unit infohiburan jenis terapung, unit kawalan pendingin hawa rekaan baharu, stereng dengan logo baharu, rekaan konsol lantai baharu dengan perehat tangan dan kemasan kulit pada tempat duduk serta panel pintu untuk varian Premium 1.6L CVT.
Berikut adalah ciri-ciri baharu Persona MC2 mengikut varian:
Standard 1.6L CVT
- Lampu depan baharu jenis halogen dengan kemasan lampu belakang baharu
- Logo pada jeriji hadapan (topmark) baharu
- Port USB pada pelapik bumbung
- Paparan pendingin hawa jenis digital
- Mod ECO
- Beg udara sisi
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Premium 1.6L CVT
- Rim 16-inci rekaan baharu
- Unit infohiburan dengan skrin sesentuh bersaiz 8-inci
Executive 1.6L CVT
- Lampu depan baharu jenis LED
- Kemasan tempat duduk kulit
- Kemasan kulit pada panel pintu
- Fungsi pengecaman suara
- Peringatan pemakaian tali pinggang keledar
- Tingkap kuasa anti-sepit untuk penumpang hadapan
Persona MC2 akan ditawarkan dengan satu warna baharu iaitu Space Grey. Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI