ARKIB

KATEGORI

Tular

Butang hidraulik rosak punca lori tanah tersangkut di jejantas

Tular

Views

Sebuah lori pengangkut tanah tersangkut di jejantas selepas bahagian meletak muatan lori terbabit terangkat dalam satu kejadian di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Taman Penggawa, Sungai Lias, di Sungai Besar, semalam.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang ketika kenderaan berat terbabit selesai menurunkan tanah di kawasan pembinaan.

Katanya, lori itu kemudian meneruskan perjalanan. Secara tiba-tiba, bahagian ‘bucket‘ telah terangkat dan tersangkut pada jejantas, dipercayai akibat kerosakan butang hidraulik.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 32 tahun itu hanya mengalami sakit di bahagian dada. Beliau berkata, akibat kemalangan itu, lori dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian ‘bucket‘.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). Terdahulu, tular rakaman video dan gambar di laman sosial menunjukkan lori tanah terbabit tersangkut di jejantas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aiman Hazim

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply