Seorang pemandu kereta dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai perabot terpakai dalam kejadian di Jalan Kampung Pasir Ampang, pada petang tadi.
Menurut Sinar Harian, kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja di kedai berkenaan cedera akibat rempuhan tersebut.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 6.14 petang.
Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.30 petang.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Ujarnya, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Prevé dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berumur 36 tahun dan pemandu berkenaan dipercayai mabuk. Seorang pekerja kedai tersebut mengalami kecederaan.
Tambah beliau, mangsa berumur 20-an pengsan dan mungkin mengalami kecederaan dalaman telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Menurut Norazam, pemandu kereta berkenaan cedera dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI