ARKIB

KATEGORI

Buletin

Protes operasi penguatkuasaan, pemandu lori serah memorandum kepada JPJ

Berita Tempatan

Views

Lebih 1,000 pemandu lori berhimpun di perkarangan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, di Kuala Terengganu, sebagai protes terhadap operasi penguatkuasaan yang dijalankan agensi itu, hari ini.

Ia bertujuan menuntut kerajaan supaya mempertimbang semula beberapa perkara dan syarat baharu yang dikenakan terhadap golongan berkenaan.

Wakil Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur, Ibrahim Mamat berkata, pihaknya turut menyerahkan memorandum mengandungi lapan tuntutan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, operasi bersepadu antara JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dibuat secara melulu sehingga menyebabkan pengusaha dan pemandu lori mendakwa mereka hilang punca pendapatan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Jelasnya, persatuan menuntut kerajaan supaya mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan dan lebih bertimbang rasa kepada pemandu lori.

Pengusaha dan pemandu lori semakin tertekan dengan tindakan penguatkuasaan seolah-olah kami ini penjenayah.

Menurutnya, tuntutan berkenaan termasuk perlepasan had muatan, pengurangan waktu operasi, tindakan saman terhadap pengilang dan pelombong, kenaikan sewa kenderaan perdagangan dan menghapuskan sistem saman demerit.

Katanya, pihaknya berharap pihak berkuasa atau kerajaan dapat memberi perhatian terhadap rintihan pemandu lori.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Lori Terengganu, Fadhli Idris berkata, keadaan lebih buruk apabila pihak berkuasa menggandakan operasi di seluruh negara bermula awal bulan ini.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Katanya, operasi bersepadu itu mengenakan tindakan berat termasuk kompaun terhadap pemandu lori meskipun mendakwa sudah mematuhi syarat atau peraturan yang ditetapkan.

Pihaknya bekerja berbulan-bulan mengumpul duit untuk menyara keluarga, selenggara kenderaan, membayar cukai jalan dan lesen, namun duit simpanan habis sekelip mata membayar kompaun, malah ditahan di lokap.

Tambahnya, denda yang dikenakan mahkamah tinggi, paling rendah pun RM5,000, malah ada yang pernah kena sehingga puluh ribu ringgit menyebabkan ada yang terpaksa menjual lori dan menggadai tanah untuk membayar denda.

Sementara itu, Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin ketika ditemui mengesahkan menerima memorandum daripada wakil pengusaha lori terbabit.

Terdapat sebanyak lapan tuntutan dikemukakan dan beliau akan memanjangkan perkara ini kepada ibu pejabat untuk tindakan lanjut. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic Info Crew

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply