ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak larikan diri dari polis sampai sanggup gilis teman wanita

Berita Tempatan

Views

Panik melihat kehadiran polis menyebabkan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kereta sanggup mengundur kereta dan melanggar teman wanitanya yang sedang membuka but sebelum melarikan diri.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian 5 petang Khamis lalu, pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur menghampiri kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan di Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Annuar Yusoff berkata, ketika itu teman wanita suspek berusia 20 tahun sedang berada di belakang untuk mengambil barangan di dalam but kereta.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurutnya, apabila menyedari kehadiran polis, lelaki berusia 32 tahun terus mengundurkan sehingga melanggar dan menggilis wanita terbabit. Pegawai polis yang berada di hadapan memberi amaran kepada lelaki berkenaan supaya berhenti tetapi dia terus memecut kereta untuk melarikan diri.

Pegawai polis melepaskan satu das tembakan, namun lelaki berkenaan berjaya melarikan diri. Annuar berkata, polis kemudiannya menghubungi ambulans dan menghantar wanita berkenaan yang cedera ringan ke hospital untuk rawatan sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

Susulan itu, pada 7.50 malam tadi dan bertindak diatas maklumat, pasukan polis menahan suspek lelaki itu di Cyberjaya. Suspek kemudiannya membawa polis ke beberapa lokasi dan menemui sebanyak 11 kereta buatan tempatan yang dilaporkan hilang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor antara 2019 hingga tahun ini membabitkan nilai rampasan RM130,000.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mencuri kereta untuk menjual alat ganti kenderaan di media sosial. Semakan mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah, manakala teman wanitanya pula mempunyai tiga rekod jenayah atas kesalahan jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menyalurkannya kepada pihak polis dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply