ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton buka pusat R&D di Hangzhou – Bangunkan model generasi baharu Saga, Iriz dan Persona, termasuk model NEV

Berita Tempatan

Views

Semalam ketika majlis bersama media sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong telah memaklumkan bahawa pihaknya akan membangunkan sebuah pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Hangzhou, China.

Apa yang menarik, pusat R&D tersebut akan membangunkan generasi baharu bagi ‘model buatan sendiri‘ Proton yang terdiri daripada Saga, Iriz dan Persona.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun, buat masa sekarang tidak dapat dipastikan sama ada ia masih lagi menggunakan asas dari model sedia ada atau menggunakan pelantar daripada Geely.

Ini bermakna, ketiga-tiga model ini nanti bukanlah versi ‘tukar lencana’ semata-mata dan ia akan mendapat sentuhan kepakaran tempatan dan juga dari Geely kerana mereka juga berpangkalan di Hangzhou.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, Proton juga bakal memperkenalkan model Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), seperti hibrid atau elektrik berasaskan pelantar Saga, Iriz dan Persona generasi baharu.

Menurut Dr. Li Chunrong lagi, Proton memperkenalkan kereta elektrik (EV) sendiri dalam masa terdekat. Bukan satu, tetapi ada dua model EV Proton yang akan diperkenalkan dan kata beliau lagi, EV kedua akan menyusul selang beberapa bulan selepas model EV pertama dilancarkan.

Sumber : Paultan.org dan WapCar.my

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply