ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Proton masih giat menguji X70 MC2, mungkin dilancar selepas Hari Raya?

Foto Intip

Views

Nampaknya Proton masih lagi giat menguji model X70 MC2 yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Kelibat sebuah unit ujian X70 MC2 yang lengkap dengan pelitup celoreng berjaya dirakam oleh Wan Mohamad Fadhli pada 18 Februari lalu.

X70 MC2 itu tidak bersendirian kerana ia diiringi sebuah Persona berwarna putih menggunakan plat perdagangan B2647A di hadapan. Mungkin, Persona putih itu sekadar pengiring atau mungkin juga ada sesuatu yang sedang diujinya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond memaklumkan bahawa ketibaan X70 MC2 akan sedikit lewat berbanding perancangan asal, pada suku pertama (Q1) 2024. Ini berikutan pihak pengurusan tertinggi Proton mahukan lebih banyak perubahan pada model tersebut.

Difahamkan pihak pengurusan tertinggi Proton itu ‘tidak bersetuju berikutan terlalu sedikit perubahan‘ yang dibuat pada X70 MC2 dan ada beberapa perkara perlu dirombak semula.

Tidak dipastikan apakah yang akan ditambah atau dirombak semula,  dan kami merasakan tempoh pembangunannya akan menjadi lebih lama disebabkan oleh perubahan tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

X70 MC2 bakal merima rekaan jeriji baharu bermotifkan elemen busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” dengan butiran berlian seperti yang ada pada model X90 dan S70.

Jeriji baharu tersebut juga mirip versi kembarnya, iaitu Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina. Selain itu rekaan bampar depan dan juga belakang turut mengalami perubahan termasuk lampu hadapan jenis LED rekaan baharu.

Namun, lampu belakangnya masih lagi menggunakan unit yang sama seperti versi sedia ada. Difahamkan juga, ruang kabinnnya bakal menampilkan susun atur papan pemuka serba baharu.

Ada ura-ura mengatakan, X70 MC2 akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Kami berpendapat ia mungkin dilancarkan semasa pameran Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS), Serdang pada 22 hingga 26 Mei 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wan Mohamad Fadhli

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply