ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat pertumbuhan jualan sebanyak 13.6 peratus pada bulan Mei

Berita Tempatan

Views

Proton berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan jualan sebanyak 13.6 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan jualan sebanyak 12,522 unit (domestik dan eksport) pada bulan Mei tahun ini.

Untuk lima bulan pertama tahun ini, 62,697 unit telah berjaya dijual, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua dalam carta jualan automotif nasional dengan pegangan pasaran dianggarkan 19 peratus.

Pertumbuhan jualan yang didaftarkan oleh Proton pada bulan Mei adalah selaras dengan trend Jumlah Jualan Industri (TIV), yang dianggarkan meningkat sebanyak 20.7 peratus kepada kira-kira 70,000 unit pada bulan Mei.

Secara terkumpul, angka tahun sehingga kini (YTD) untuk TIV dianggarkan pada 330,236 unit, bersamaan dengan peningkatan 8.8 peratus berbanding tahun 2023.

Jualan eksport Proton di Trinidad dan Tobago, Bangladesh dan Iraq pula berjaya mencapai 509 unit pada bulan Mei, penghantaran tertinggi yang direkodkan untuk 2024 setakat ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Sejak Februari tahun ini, model eksport terlaris ialah Proton Saga, yang sekali lagi mendahului model yang lain dengan 360 unit dieksport dalam bulan Mei.

Kebanyakan model juga mencatatkan peningkatan jualan eksport, menjadikan jualan eksport kumulatif kepada 1,344 unit sejak Januari tahun ini berbanding 820 unit untuk tempoh masa yang sama pada tahun 2023.

Ini bersamaan dengan peningkatan 63.9 peratus dalam jualan eksport YTD. Proton X90 kembali merampas takhta ‘SUV segmen-D paling popular‘ di Malaysia dengan jualan sebanyak 364 unit.

Jualan Proton Saga meningkat 21.6 peratus kepada 6,119 unit pada bulan Mei dan meningkatkan jualan tahunan model tersebut sehingga kini sebanyak 8 peratus ke 29,397 unit.

Satu lagi model yang menjadi peneraju pasaran, iaitu sedan segmen C, Proton S70. Jualannya meningkat 23 peratus kepada 2,011 unit daripada 1,635 unit pada bulan April, dan jualan kumulatif untuk lima bulan pertama 2024 kini berjumlah 9,474 unit.

Selain itu, model Proton yang lain seperti Proton X70 teah mencatat jualan 523 unit, manakala sedan segmen-B, Proton Persona mencapai 1,645 unit, menjadikan jumlah YTD sebanyak 8,444 unit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sementara itu, hatchback segmen B, Proton Iriz, menambah 452 unit kepada volum jualan Mei, menjadikan jumlah jualannya sehingga kini sebanyak 2,410 unit.

Akhir sekali, SUV segmen-B yang memenangi anugerah kegemaran Malaysia, Proton X50, telah mencatat jualan sebanyak 1,407 unit pada bulan Mei.

Permintaan dijangka meningkat berikutan pelancaran model Proton X50 2024 yang diperbaharui pada 4 Jun lalu yang menawarkan beberapa siri peningkatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar Roslan Abdullah, bulan Mei telah menunjukkan pertumbuhan positif dengan peningkatan TIV tahun ke tahun dan bulan ke bulan.

Tambahnya, dengan TIV kumulatif sehingga bulan Mei sudah mencapai 44.6 peratus daripada unjuran setahun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 740,000 unit, pihaknya percaya masih ada ruang untuk pertumbuhan dalam industri automotif tempatan.

Roslan berkata, Proton akan menumpukan kepada peningkatan jualan melalui kemas kini model sedia ada, sambil mengambil langkah pertama ke pasaran EV pada separuh kedua tahun 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply