PRO-NET meraikan pencapaian penting meraikan satu pencapaian penting dalam mobiliti lestari serantau apabila Proton e.MAS 7 diberi penghormatan untuk mengetuai konvoi ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025) semasa pelepasan rasmi di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta.
Acara bersejarah ini diserikan dengan kehadiran pemimpin utama termasuk Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, serta wakil diplomatik Malaysia ke Indonesia dan ASEAN.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
AUD 2025 adalah inisiatif anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di bawah MITI, dengan PRO-NET sebagai penaja utama. Konvoi ini akan merentasi lebih 9,000 kilometer melalui sembilan negara ASEAN, menjadikan e.MAS 7 simbol komitmen Malaysia terhadap teknologi hijau dan mobiliti masa depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, pihaknya berasa bangga kerana Proton e.MAS 7 telah dipilih untuk mengetuai pengembaraan ini.
Ia bukan sahaja menggambarkan kecanggihan kejuruteraan EV mereka, malah menunjukkan komitmen berterusan PRO-NET untuk menjadikan Malaysia dan Asia Tenggara lebih lestari dan berdaya saing dalam bidang mobiliti.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Dengan ciri keselamatan canggih dan jarak pemanduan yang kompetitif, e.MAS 7 direka untuk menempuh pelbagai cabaran jalan raya sebenar di ASEAN. Ia juga menjadi contoh terbaik bagi EV harian yang sesuai untuk pasaran serantau.
Konvoi ini akan singgah di Hanoi, Vientiane, Manila, Phnom Penh, Bandar Seri Begawan, Bangkok, dan Singapura, dengan setiap perhentian menyaksikan aktiviti bersama komuniti tempatan untuk memupuk kesedaran serta sokongan terhadap penggunaan EV.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menegaskan peranannya dalam memperkukuh ekonomi hijau dan membina laluan ke arah masa depan mobiliti yang inklusif, lestari dan pintar di Asia Tenggara.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026a
KOMEN TERKINI