Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini mengumumkan keputusan penilaian terbaharu bagi model Proton e.MAS 7.
Model ini, yang merupakan jenama kenderaan elektrik (EV) pertama di bawah jenama Proton mencatat keputusan yang sangat memberangsangkan dengan penarafan ‘5-Bintang‘.
Proton e.MAS 7 telah berjaya mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 92.57 mata di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025.
Ia adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Berikut adalah perincian skor bagi keputusan ujian untuk model Proton e.MAS 7:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 39.00 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.32 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
- Bantuan Keselamatan (SA) – 20.00 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
- Keselamatan Motosikal (MS) – 16.25 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
Model SUV ini didatangkan dengan enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk pemandu dan penumpang hadapan, termasuk penumpang belakang dengan pengesanan penumpang sebagai kelengkapan standard.
Selain itu, ia turut disertakan dengan kelengkapan standard seperti Brek Kecemasan Kendiri (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, Pengesanan Titik Buta (BSD) pada kedua-dua sisi kenderaan, Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB) dan Perlindungan Pejalan Kaki (PP).
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Tersasar Lorong (LDW), Makluman Lintasan Dari Belakang (RCTA) dan Brek Lintasan Dari Belakang (RCTB) sebagai ciri standard.
Dalam ujian keselamatan pasif, model ini memberikan perlindungan yang baik secara keseluruhan kepada boneka ujian yang diletakkan di bahagian penumpang hadapan dengan kedua-dua kaki bawah pemandu mendapat perlindungan yang mencukupi.
SUV ini juga menunjukkan prestasi yang baik dalam kedua-dua penilaian COP dan MS, dengan model itu mendapat markah dalam kebanyakan item yang sedang dinilai.
EV baharu ini menawarkan peralatan standard untuk semua ciri keselamatan aktif yang dinilai ASEAN NCAP di semua negara yang sedang dipasarkan, sekali gus mencatatkan markah penuh untuk kategori Bantuan Keselamatan (SA).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI