ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz terima anugerah Kereta Kompak Terbaik Carsifu 2017

Views

Proton sekali lagi menerima pengiktirafan untuk model hatchback Iriz yang yang diperbaharui telah dinobatkan sebagai Kereta Kompak Terbaik pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017. Acara yang telah diadakan di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya dianjurkan Kumpulan Media The Star. Model yang mula dipertontonkan semasa DRB-HICOM Autofest pada Mei 2017, dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun 2017.

Sejak pertama kali diperkenalkan di pasaran pada September 2014, Proton telah menjual sejumlah 45,616 unit Proton Iriz, menjadikannya salah satu model Proton paling popular. Iriz juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Iriz dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dalam semua varian seperti kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR). Bagi varian Premium, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, manakala varian Standard dan Eksekutif pula dilengkapi dengan 2 beg udara. Melengkapi ciri-ciri keselamatan kereta ini ialah Hot Press Forming (HPF), yang merupakan teknologi Jerman yang boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa.

Iriz yang diperbaharui turut didatangkan dalam empat varian-Standard 1.3L (MT & CVT), 1.3L Eksekutif CVT dan 1.6L Premium CVT, berharga dari RM43,800 hingga RM58,800, dan boleh didapati dalam dua pilihan warna baharu, Ruby Red (merah) dan Carnelian Brown (perang), disamping warna-warna Iriz sedia ada iaitu Graphite Grey (kelabu), Atlantic Blue (biru) dan Cotton White (putih).

Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, Proton turut memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan Servis 5 tahun percuma*, waranti selama 5 tahun atau 150,000km (mana-mana yang terdahulu) serta model-model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP.

Pemilik kereta Proton sedia ada juga boleh menikmati Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 tambahan kepada promosi semasa apabila membeli kereta Proton baharu, dan promosi initurut ditawarkan kepada ahli keluarga mereka. Proton kini sedang mengadakan siri jelajah di seluruh negara yang meliputi pusat membeli-belah dan lokasi-lokasi lain untuk mendekati para pelanggan.

Berikut adalah lokasi siri jelajah :

TarikhLokasi
7 – 21 OktMydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
13 – 27 OktMydin USJ, Subang
17 – 29 OktSetapak Central, Kuala Lumpur
24 – 29 OktWangsa Walk, Kuala Lumpur
25 – 30 OktIOI City, Putrajaya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply