ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton kekal naib juara carta jualan automotif nasional – Jual 11,269 unit kenderaan pada September

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional Proton telah berjaya menjual 11,269 unit (domestik + eksport) kenderaan pada bulan September, sekali gus menjadikan jumlah jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 112,758 unit.

Ini bermakna Proton masih kekal sebagai naib juara carta jualan automotif nasional dengan bahagian pasaran dianggarkan sebanyak 20.1 peratus pada September dan angka YTD sebanyak 19.1 peratus untuk keseluruhan tahun 2024.

Jumlah jualan bagi industri automotif mengalami penurunan pada bulan September, yang lazimnya merupakan bulan yang perlahan, dengan Jumlah Jualan Industri (TIV) dianggarkan menurun ke tahap terendah dalam tempoh 17 bulan.

Anggaran awal menunjukkan angka tersebut hanya mencapai 56,067 unit, iaitu pengurangan sebanyak 22.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Walaubagaimanapun, jumlah anggaran YTD untuk TIV masih lebih baik berbanding 2023, dengan jumlah jualan hampir 590,000 unit, iaitu 3 peratus lebih baik berbanding tahun lepas.

Sejak dilancarkan pada 19 Ogos lalu, Proton X70 2025 adalah pengubahsuaian menyeluruh bagi SUV pertama Proton yang diperkenalkan pada akhir 2018.

Ia tampil dengan penggayaan yang diperbaharui, teknologi yang dipertingkatkan, dan ciri keselamatan yang canggih dan syarikat menaruh harapan yang tinggi semasa pelancarannya untuk mengembalikan mereka ke kedudukan teratas pasaran SUV segmen C.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Ini menjadi kenyataan pada bulan September dengan 1,466 unit terjual, sekali gus membolehkannya ‘merampas semula’ gelaran sebagai SUV segmen C terlaris.

Pencapaian ini merupakan jumlah jualan tertinggi untuk model tersebut sejak Disember 2022 dengan hampir dua kali ganda jualan yang dicapai pada Ogos tahun ini.

Selain itu, dua model SUV Proton yang lain juga muncul sebagai pendahulu jualan bagi bulan tersebut. Setelah dikemas kini pada bulan Jun, Proton X50 terus menunjukkan prestasi jualan yang kukuh dengan 1,771 unit terjual.

Ini juga membolehkannya terus memimpin jualan SUV segmen B YTD ini, kedudukan yang telah dipegangnya sejak dilancarkan pada tahun 2020.

Model Proton X90, turut kembali merampas kedudukan teratas dalam jualan segmen D dengan 217 unit terjual, menjadikan jumlah YTDnya sebanyak 2,724 unit yang mendahului pasaran.

Model lain yang mendahului segmennya untuk jualan YTD adalah Proton S70. Sedan segmen C kekal sebagai peneraju jualan kumulatif untuk segmen ini dan menambah 1,013 unit, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 14,768 unit dalam tahun penuh pertama jualannya.

Walaupun terkeluar sementara dari kedudukan teratas dalam senarai jualan bulanan, ia akan mendapat dorongan dengan pelancaran Proton S70 R3 yang dijadualkan untuk bersaing dalam perlumbaan ketahanan Sepang 1000km pada bulan November.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Proton Saga masih kekal sebagai model Proton terlaris dengan mencatatkan 5,162 jualan bulan lalu. Ini membolehkannya berada di kedudukan kedua bagi sedan segmen A.

Proton Persona pula berjaya mencatatkan jualan sebanyak 1,295 unit, manakala Proton Iriz mendapat jualan yang stabil dengan 345 unit terjual.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, September secara tradisional adalah bulan yang perlahan bagi industri automotif, dan 2024 juga tidak terkecuali.

Tambahnya, pengurangan dalam jumlah jualan Proton adalah jauh lebih kecil berbanding penurunan dalam TIV. Ini menunjukkan cabaran sukar bagi suku akhir tahun untuk industri automotif.

Dengan dua model SUV yang diperbaharui dan sebuah sedan yang memasuki tahun penuh pertama jualannya, Proton yakin mempunyai produk yang diperlukan untuk meningkatkan volum jualan dalam tiga bulan akan datang.

Ini akan diperkukuh lagi dengan aktiviti promosi dan tidak lama lagi, Proton akan melancarkan kempen di seluruh negara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dengan hadiah dan anugerah yang menarik.

Pada masa yang sama, usaha Proton untuk memberikan pengalaman jenama premium di pusat jualan dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan akan diteruskan sebelum memuncak dengan pelancaran tawaran EV pertamanya pada bulan Disember.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply