ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Persona facelift 2022 – Tiga pilihan varian, harga dari RM45,200

Berita Tempatan

Views

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Proton melancarkan model facelift yang paling dinanti-nantikan tahun ini, iaitu Persona 2022. Seperti yang kami war-warkan dalam artikel lalu, model yang dikemaskini itu akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian.

Harga jualan tanpa insurans termasuk ‘pengecualian cukai’ yang ditawarkan bermula dari RM45,200 untuk varian 1.6L Standard CVT, RM50,100 untuk varian 1.6L Executive CVT dan RM54,900 untuk varian 1.6L Premium CVT.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Hanya satu warna baharu ditawarkan untuk Persona 2022 iaitu Space Grey. Untuk model sedan ini Proton hanya menawarkan transmisi transmisi CVT sahaja yang akan dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission).

Berikut adalah perincian ringkas Persona 2022 mengikut varian:

1.6L Standard CVT

  • Enjin 1.6 liter VVT
  • Transmisi CVT
  • Empat beg udara SRS
  • Lampu depan jenis halogen
  • Rim aloi 15-inci
  • Kemasan tempat duduk fabrik
  • Perehat tangan dengan kotak konsol
  • Suis mod ECO
  • Penapis kabin N95
  • Pemain audio standard
  • Enam port USB

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

1.6L Executive CVT (Tambahan dari varian 1.6L CVT)

  • Lampu siang LED (DRL)
  • Rim aloi 16-inci rekaan baharu
  • Ciri kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin
  • Sistem infohibur dengan skrin sentuh gaya terapung bersaiz 8-inci
  • Kamera undur

1.6L Premium CVT (Tambahan dari varian 1.6L Executive CVT)

  • Enam beg udara SRS
  • Lampu depan baharu jenis LED
  • Kemasan bumbung hitam
  • Kemasan tempat duduk kulit
  • Fungsi arahan suara
  • Navigasi dalam talian

Model ini turut menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP dan  dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan Keluli Tempa Panas (HPF), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mula Mendaki (HHA).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply