ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton pacu momentum jualan di Pakistan, Saga dan X70 terima sambutan memberangsangkan

Berita Tempatan

Views

Proton baru-baru ini melancarkan model pertama yang dikeluarkan di kilang baharu milik Al-Haj Automotive, di Karachi, Pakistan iaitu Saga. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi.

Kilang pengeluaran yang dibina dengan kos sebanyak 20 juta Dollar Amerika itu mampu menghasilkan 25,000 unit setahun pada peringkat permulaan.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, Hilal Khan Alfridi, kejayaan pemasangan Saga di Pakistan adalah hasil kerja keras dan usaha gigih Proton, keseluruhan pasukan Al-Haj dan serta pembekalnya meskipun berdepan tempoh sukar berikutan pandemik Covid-19.

Proton X70 bakal menjadi model kedua dipasang di Pakistan selepas penghantaran terakhir unit CBU pada 17 Oktober lalu. Sebanyak 154 unit terakhir X70 telah dihantar dan secara keseluruhan jumlah eksport model CBU ke negara tersebut adalah sebanyak 602 unit.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Pelancaran model pemasangan tempatan (CKD) model X70 dijadualkan pada bulan Disember 2021. Setakat ini, Al-Haj telah menerima sebanyak 2,500 unit tempahan bagi Saga dan lebih daripada 2,000 unit tempahan bagi X70.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dengan jualan eksport menjadi pengukuh untuk mencapai hasrat jangka masa panjang, komitmen Proton untuk pasaran Pakistan menjangkau penghantaran CKD dan alat ganti yang lain.

Tambahnya, ia turut meliputi sokongan sumber manusia dan hari ini, seramai 20 kakitangan Proton yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang berkaitan pengilangan ditempatkan di Karachi untuk membantu dalam proses pemasangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply