ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai lancar MPV mewah tujuh-tempat duduk Staria Premium, harga dari RM358,888

Berita Tempatan

Views

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya hari ini melancarkan MPV tujuh-tempat duduk dalam segmen mewah, Staria untuk pasaran Malaysia. Didatangkan dengan varian tunggal iaitu Staria Premium, harga yang ditawarkan bergantung kepada pilihan pakej waranti.

Harganya bermula dari RM358,888 untuk pilihan pakej waranti selama dua-tahun atau 50,000 km, manakala  untuk lanjutan waranti sehingga lima-tahun atau 300,000 km termasuk pakej servis percuma tiga-tahun atau 50,000 km, ia ditawarkan pada harga RM368,888.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Model yang diimport sepenuhnya ini dibangunkan dari pelantar generasi baharu N3 Hyundai yang turut dikongsi bersama dengan model SUV, Santa Fe dan juga trak pikap Santa Cruz. Ia dijana oleh enjin 2.2 liter Turbodiesel CRDi empat silinder yang menghasilkan 177 PS dengan daya kilas maksima 431 Nm.

Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi 8-kelajuan automatik dengan pacuan roda hadapan. MPV dengan gaya rekaan luaran seperti sebuah ‘kapal angkasa’ ini dari segi saiz adalah lebih besar berbanding dengan Starex. Di ruangan kabin, semua tempat duduknya dibaluti dengan Nappa Leather.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Tempat duduk baris keduanya pula menampilkan ciri ‘Premium Relaxation Seats‘ yang boleh dicondongkan sehingga 120 darjah. Pendingin hawa baris kedua dan ketiganya dilengkapi dengan unit kawalan zon tunggal yang berasingan terletak di bahagian siling tempat duduk baris kedua.

Dari segi keselamatan, MPV ini dilengkapi dengan bantuan pemanduan keselamatan Hyundai SmartSense yang terdiri daripada Bantuan Hindar-Perlanggaran Hadapan (FCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Hindar-Kemalangan Titik Buta (BCA), Bantuan Kekal Lorong (LFA) serta Kawalan Jelajah pintar dengan ciri Henti & Mula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply