ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Parts Centre Sdn. Bhd peroleh sijil ISO 9001:2008

Views

Proton Parts Centre Sdn. Bhd. anak syarikat syarikat milik penuh Proton Holdings Berhad, telah berjaya memperolehi pensijilan kritikal ISO 9001: 2008 daripada Bureau Veritas baru-baru ini. Proton Parts Centre adalah pengedar tunggal alat ganti tulen Proton untuk pasaran domestik dan eksport. Ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan bagi memastikan kualiti bekalan alat ganti automotif kepada 4 juta pemilik kereta Proton sentiasa terjamin.

Mengulas mengenai perkara perkara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato ‘Abdul Harith Bin Abdullah berkata, “Dengan adanya pensijilan antarabangsa ini, ia secara tidak langsung melambangkan usaha dan dedikasi kami untuk menjadi lebih baik selain memastikan pelanggan mendapat alat ganti tulen yang terjamin kualiti serta dihantar tepat pada masanya”.

photo 2

Tambah Dato ‘Abdul Harith lagi, “Kami berterima kasih kepada para pelanggan, pihak berkepentingan dan pengawal selia selama ini kerana memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Kami akan kekal komited untuk menlakukan transformasi dan mengeluarkan kereta yang berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.”

ISO 9001: 2008 merupakan Sistem Pengurusan Kualiti yang direka untuk membantu organisasi memenuhi keperluan pelanggan mereka dan pihak berkepentingan yang lain di samping memenuhi keperluan berkanun dan peraturan yang berkaitan dengan produk yang dijual. ISO 9001: 2008 adalah hasil daripada audit ke atas proses dalam jangka masa singkat, kebolehpercayaan penghantaran yang tinggi dan jaminan kualiti yang konsisten bagi perkhidmatan dan produk.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply