ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton umum pemenang Pertandingan Rekabentuk 2015

Views

Akhirnya tamat sudah penantian pencarian pemenang edisi kedua Pertandingan Rekabentuk Proton 2015 yang telah diumumkan semalam. Majlis yang berlangsung di Pusat Kemcemerlangan Proton di Shah Alam itu turut dihadiri oleh Pengerusi Proton,YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, para jemputan serta pihak media.

Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat kreativiti dikalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda dengan bertemakan “Rekabentuk Kereta Konsep untuk Keluarga Malaysia”. Sebanyak 430 penyertaan telah diterima dari seluruh Malaysia bagi pertandingan tersebut yang berlangsung selama 14 minggu.

Champion - category 1

Untuk edisi kedua tahun ini, dua kategori telah dipertandingkan. Kategori 1 untuk pelajar Sekolah Menengah, tiga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya iaitu Najwa binti Abdul Aziz, 16, Muhammad Arif Fadhli bin Ishak, 15 dan Iylia Farzana binti Ibrahim, 16 telah muncul sebagai juara dengan penyertaan mereka yang bertajuk Proton Enigmas. Mereka bertiga berjaya membawa pulang hadiah yang berupa wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sijil penyertaan, pingat dan trofi.

Bagi Kategori 2 pula iaitu penyertaan individu, Muhammad Ismail bin Ibrahim, 22, dari UiTM Shah Alam yang berjudul Proton Maxima telah dipilih sebagai juara yang berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 beserta sijil penyertaan, pingat dan trofi.

Champion - category 2

“Kami amat gembira dengan penyertaan untuk edeisi kedua tahun ini untuk kedua-dua kategori. Bukan sahaja jumlah penyertaan telah meningka dari tahun lepas, kualiti karya peserta juga lebih baik dari segi reka bentuk dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Holdings Bhd.

Kami melihat banyak penyertaan berbakat yang menepati syarat pertandingan dan pertandingan sebegini adalah platform yang terbaik untuk mencungkil bakat terpendam di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan belia,” tambah Dato’ Harith.

Hadiah untuk pemenang utama telah disampaikan oleh Pengerusi Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagi Kategori 1, masing-masing menerima RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 untuk tempat pertama, kedua dan ketiga, dan pemenang Kategori 2 menerima RM15,000, RM10,000 dan RM7,000 setiap satu. Pemenang tempat saguhati kedua-dua kategori juga menerima wang tunai RM1,000. Kesemua pemenang turut menerima sijil, pingat atau trofi setiap satu.

Top 3 winners-category 2

Para pemenang telah dipilih oleh panel juri profesional dari Proton dan juga juri jemputan, termasuklah Dr Shahriman Zainal Abidin, Pensyarah Kanan di Jabatan Reka Bentuk Perindustrian Fakulti Seni dan Rekabentuk UiTM. En Azlan Othman yang merupakan Ketua Jabatan Reka Bentuk Proton telah mengetuai mengetuai panel hakim dan sesi penghakiman telah diaudit oleh Audit Dalaman Kumpulan Proton. “Pertandingan Rekabentuk Proton akan diteruskan untuk jangka masa panjang dan pengalaman ini adalah sesuatu yang sangat bernilai,” tambah Dato’ Harith lagi.

Nantikan edisi yang seterusnya pada tahun depan! Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama sekali kepada rakan kita Mohd Taufik yang berjaya muncul pemenang tempat ketiga. Bagi pembaca funtasticko.net, nama beliau tidak asing lagi kerana kerap berkongsi hasil karyanya di laman web ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • tk faham apa tujuan competition ni sebab tgk hasil pemenang tu.. design main lukis2 gitu ja…

    yg student ipta tu, lukis gitu2 ja.. siap boleh float..
    apa kepentingan kepada proton hasil competition ni?

    mgkn xdak org berminat nak hantar yg power2 ka?


    • Mmm… kan admin dah mention yg pertandingan tu diadakan untuk memupuk semangat kreativiti dikalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda?

      Kiranya mcm program charity utk menarik minat n galakan terhadap golongan muda yg kreatif. Ko mgkin lebih lihat cantik atau tak design2 anak muda tu, tapi golongan kreatif lebih menekankn kepada KONSEP dan IDEA!. Sy x pasti ko dlm kelompok golongan tu:P 400 lebih penyertaan tu kira banyak la gak…

      Cheers!

Leave a Reply