ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Proton Perdana generasi baharu muncul dalam filem Kapsul!

Views

proton perdana 1

Ini adalah petikan sebahagian babak dalam filem Kapsul yang bakal ditayangkan mulai 17hb September. Yang menariknya Tun Dr Mahathir Mohamad tampil sebagai pelakon jemputan khas selain model Proton Perdana generasi baharu yang membuat sedikit penampilan dalam filem tersebut.

perdana 3

Dari 2 foto di atas kita dapat melihat bayangan model Perdana yang bakal diperkenalkan pada awal tahun hadapan. Jika diperhatikan pada foto paling atas nampak sebahagian lampu hadapan dan jeriji hadapan beserta sayap Proton gaya baharu.

proton perdana 2

Foto kedua pula memperlihatkan sedikit gambaran ruang dalaman dengan stering berwarna putih. Mungkin kereta dalam filem ini masih menggunakan mule Honda Accord dengan komponen Perdana kerana saya difahamkan ketika penggambaran dibuat unit prototaip sebenar belum siap sepenuhnya. Nampak seperti papan pemukanya masih masih lagi menggunakan versi Honda Accord.

* Kalau nak tengok apa lagi teaser Proton Perdana, jom kita saksikan filem Kapsul di pawagam mulai Khamis ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply