ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perkukuhkan bekalan alat ganti, tingkatkan pegangan stok 1.5 kali ganda

Berita Tempatan

Views

Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB), hab global untuk komponen kenderaan bermotor, alat ganti dan aksesori bagi Proton, baru-baru ini membawa pengamal media untuk melihat sendiri ekosistem pergudangan bahagian dan perkembangan terbaharu bagi pelan penambahbaikan pergudangan rantaian bekalannya untuk 2024.

Ditubuhkan pada 19 Jun 1992, PPCSB merupakan komponen penting dalam usaha penambahbaikan selepas jualan Proton dengan membantu mengukuhkan rantaian bekalan alat ganti untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Berpangkalan di Hicom-Glenmarie Industrial Park, PPCSB mempunyai rangkaian yang luas, merangkumi 354 fasiliti badan dan cat, stokis alat ganti, dan pembekal perkhidmatan rasmi, serta 26 pengedar luar negara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sejak dua tahun lalu, PPCSB telah memlakukan pelaburan untuk mengembangkan kemudahan pergudanganya sebanyak lebih 35 peratus untuk memastikan bekalan pasaran tiba tepat pada masaya di semua wilayah.

Gudang utama PPCSB merangkumi saiz lantai sebesar 26,700 meter persegi dan merupakan pusat utama untuk operasi, mengendalikan semua fungsi penting kepada rantaian bekalan, termasuk pemprosesan tempahan, import, eksport, dan penghantaran komponen ke Malaysia Timur.

Lebih banyak ruang akan ditambah pada 2024 dengan pembukaan pusat bahagian serantau baharu di Sabah pada suku kedua tahun ini. Secara purata, antara 2,500 hingga 4,500 tempahan talian diproses setiap hari.

Bagi memenuhi tahap permintaan yang lebih tinggi untuk alat ganti, PPCSB telah meningkatkan tahap pegangan stoknya sebanyak 1.5 kali ganda berbanding tahun 2022.

Ia untuk memastikan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan, dengan inventori semasa bernilai lebih RM130 juta dan terdiri daripada 30,000 bahagian yang berbeza.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada masa yang sama, pemindahan stok ke Malaysia Timur telah meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana proses rantaian bekalan diperkemas bagi meningkatkan ketersediaan alat ganti dan membolehkan penghantaran terus daripada vendor luar negara.

PPCSB juga meningkatkan purata keupayaan keluaran penghantaran hariannya sebanyak 35 peratus, manakala pendekatan proaktifnya untuk penambahbaikan proses telah menghasilkan pengurangan 63 peratus dalam jumlah tempahan yang belum disempurnakan.

Bagaimanapun, penambahbaikan utama kepada operasi akan datang daripada Sistem Pengurusan Gudang (WMS) baharu yang dijadualkan beroperasi pada akhir Mac. Dimajukan dengan kerjasama Geely dan disokong oleh Geely Logistics, sistem ini lebih daripada sekadar alat.

Ia menawarkan penyelesaian komprehensif yang direka untuk perkongsian pengetahuan serantau. Usaha kerjasama ini menekankan kepentingan pendigitalan dan pengoptimuman proses dalam pengurusan rantaian bekalan terkini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata,sistem pergudangan baharu ini mencerminkan usaha mereka dalam memastikan penyelesaian optimum bagi pelanggan dan pihaknya akan terus berusaha untuk menambah baik perkhidmatan selepas jualan untuk memberikan tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply