ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha YZF-R25 2024 kini dengan warna baharu Glacier White, harga masih kekal

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna Glacier White dan reka corak grafik baharu bagi model Yamaha YZF-R25 tahun 2024. Satu lagi warna iaitu Racing Blue, turut dikekalkan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Harga jualannya bagi model ini juga masih tidak berubah, iaitu RM22,998 (tidak termasuk insurans). Dari segi mekanikal, ia masih mengekalkan enjin dua silinder 249cc DOHC sejukan cecair yang menjana 35.4 kuasa kuda pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm daya kilas pada 10,000 rpm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Enjin ini disambungkan kepada transmisi enam-kelajuan. Selain itu ia turut dilengkapi fork teleskopik dan monoshock, brek cakera hadapan dan belakang bersama sistem ABS serta panel instrumen LCD dengan lampu isyarat membelok jenis LED.

Setiap pembelian Yamaha YZF-R25 ini akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 secara percuma. HLYM menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km dan warna baharu ini boleh didapati mulai 4 Mac 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply