ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia luaskan liputan pasaran, tiga lagi cawangan pengedar akan dibuka di Kota Kinabalu, Petaling Jaya dan Kuantan

Berita Tempatan

Views

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) baru-baru ini melancarkan rangkaian cawangan pengedar baharu yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah yang dimiliki oleh Fook Loi Eurocar Sdn Bhd.

Selain Kota Kinabalu, Sabah dua lagi cawangan pengedar baharu akan dibuka di Petaling Jaya dan Kuantan. smart Petaling Jaya akan diuruskan oleh Naza Automotive Group, manakala smart Kuantan pula dikendalikan oleh Hoi Keen Service Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, matlamat mereka adalah untuk melonjak ke peringkat seterusnya dan terus meluaskan liputan pasaran dengan produk dan perkhidmatan smart.

Pengedar baharu ini mempunyai reputasi yang baik, dengan Fook Loi Eurocar memiliki rangkaian pengedar terbesar di Negeri Sabah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Naza Automotif Group akan membuka cawangan mereka di sebelah Lebuhraya Persekutuan, dan Hoi Keen Service, telah pun diiktiraf sebagai penerima Anugerah CEO & Diamond Proton 2023, pengiktirafan tertinggi dalam kalangan Pengedar Proton.

Fokus smart Malaysia terhadap kestabilan melibatkan peningkatan kedua-dua stesen pengecasan AC dan DC dengan memastikan pengecasan yang cepat dan efisien untuk pemilik smart dan orang awam secara umum.

Selain daripada proses jualan, smart Malaysia mengutamakan kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang.

Penasihat terlatih yang berada di sekitar bilik pameran fizikal, komited untuk menawarkan kepakaran dan sokongan, memastikan pengalaman pemilikan yang lancar dan menyeronokkan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Operasi Cawangan smart yang baharu ini secara rasmi akan bermula pada suku ketiga dan keempat tahun 2024.

smart Malaysia turut menjemput semua rakyat Malaysia untuk memandu uji dan menikmati Tawaran Eksklusif smart Long龙-evity di pusat pengedar smart yang terletak di:

  • smart Ipoh (GB Auto)
  • smart Balakong (Hap Seng Smart)
  • smart KL (Hap Seng Smart)
  • smart Penang (Eleganz Lifetsyle)
  • smart Alor Setar (Lee Motors)
  • smart Glenmarie (EON Berhad)
  • smart Setia Alam (Wheelcorp EV)
  • smart Melaka (Sigma Energy EV)
  • smart Johor Bahru (Motor Future)
  • smart Damansara (smart Mobility)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply