ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Putra-S rekaan Saharudin Busri!

Views

Selepas Satria Neo facelift telah menjadi viral di laman sosial, kali ini Saharudin Busri secara ekslusif berkongsi karya terbaharunya Proton Putra-S untuk tatapan pembaca setia Funtasticko.net. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua bagi Rekabentuk Industri di MIMOS Berhad dan juga menjadi tenaga pengajar di UiTM. Untuk makluman, Proton Putra-S dan Satria Neo facelift merupakan sebahagian daripada karya beliau yang kebanyakannya masih lagi dalam simpanan beliau.

Putra_S Rear - funtasticko

Sekali imbas rekaan model ini seakan-akan Audi TT dengan menampilkan rekaan kereta sports coupe yang sporty. Mungkin jika benar-benar Proton ingin menghidupkan kembali legasi Putra, konsep rekaan sebegini mungkin pilihan yang tepat. Ini kerana Proton belum ada lagi kereta sport yang sebenar walaupun dahulunya telah ada projek rebadged Lotus Elise, namun ia telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Untuk makluman anda, Saharudin Busri atau lebih dikenali dengan panggilan Wak kini sedang membuat projek khas bersama UiTM & UPM untuk merekabentuk konsep baharu kereta segmen-C dengan citarasa Malaysia. Dijangka projek ini akan siap dalam masa 2 minggu lagi.

Teruskan bersama funtasticko.net untuk mengetahui bagaimana rupa kereta dengan selera orang Malaysia dalam artikel yang akan datang. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Putra_S Side - funtasticko Putra_S Rear - funtasticko Putra_S Front - funtasticko

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments

Leave a Reply