ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Pra-pelancaran Perdana baharu akan dibuat dalam masa terdekat!

Views

Ini merupakan maklumat terkini yang telah kami terima. Diberitakan Proton bakal mengadakan sesi pra-pelancaran Perdana baharu yang akan diadakan dalam masa terdekat. Namun buat masa ini pihak kami masih belum menerima sebarang surat jemputan media atau pekeliling mengenainya. Model Perdana baharu merupakan kesinambungan kepada model fasa pertama projek usahasama antara Proton dan Honda dengan mengambil platform model Accord generasi kelapan yang hanya digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Untuk fasa kedua yang juga merupakan versi komersil, Proton telah mengubah suai sebahagian besar rekaan luaran Accord dengan rekabentuk serba baharu. Untuk bahagian dalaman pula, tiada perubahan besar dilakukan dan secara kasarnya masih mengekalkan papan pemuka Accord sedia ada. Selain itu Proton juga dikhabarkan akan merombak sedikit emblem logo atau topmark yang sedia ada dan identiti baharu itu nanti mungkin akan diguna pakai untuk model pada masa akan datang.

Nantikan info selanjutnya hanya di funtasticko.net!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

23 Comments

Leave a Reply