ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car bakal gegar Malaysian Super Series 2014

Views

PIC 2

Baru-baru ini sempena Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu, Proton telah memperkenalkan kereta lumba Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car yang bakal digunakan oleh Pasukan Proton R3 dalam saingan Malaysian Super Series 2014. Pusingan pertama bakal berlangsung pada 28 Mac ini di Litar Antarabangsa Sepang bersempena dengan minggu perlumbaan Formula 1.

Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car dijangka akan mempertahankan kejuaraan yang dimiliki oleh Pasukan Proton R3 dalam edisi tahun lepas dan bakal beraksi bersama Proton R3 Satria Neo dan Proton R3 Prevé. Beberapa penambahbaikan telah dibuat dari segi teknikal dan kejuruteraan oleh pasukan kepada jentera lumba tersebut untuk memastikan kejuaraan kekal milik mereka.

Sementara itu, Karnival Jualan Proton telah mencapai objektifnya dengan jumlah tempahan 2002 unit model berjaya dibuat di tiga lokasi karnival, Melaka, Shah Alam dan Pulau Pinang. Pelbagai tawaran yang menarik telah ditawarkan dan ia telah berjaya memikat hati pengunjung untuk mengenali lebih lanjut model-model kereta yang dipamerkan, selain peluang untuk memandu uji model tersebut.

Di bawah adalah spesifikasi Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car.

SPESIFIKASI

Proton R3 Suprima S

Jenis Enjin:R3 Campro CPS 1597cc 16-injap
Transmisi:F41 5 MT kotak gear close ratio
Kuasa (bhp/rpm):178 / 7500
Kilasan (Nm/rpm):224 / 4000
Badan kereta:R3 Lightweight Bodyshell + 6 Point Rollcage
Roda:R3 Lightweight 15 x 7 ET25 5H PCD 114.3
Tayar:Hankook Ventus Z221 195 / 55R15 Semi Slick
Bodykit:R3 Front Splitter & Side Skirt
R3 Custom Brake Cooling Ducts

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply