ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi kilang pengeluaran CKD di Pakistan

Berita Global

Views

Proton Holdings Bhd. (Proton) secara rasmi membuka kilang pemasangan tempatan (CKD) di Karachi, Pakistan, baru-baru ini.

Menurut Utusan Online, kilang moden terletak di Karachi itu diusahakan menerusi rakan kerjasama domestik, Al-Haj Automotive Pvt. Ltd. dengan nilai pelaburan awal sebanyak AS$30 juta (kira-kira RM125 juta).

Ia dirasmikan Presiden Pakistan, Dr. Arif-ur-Rehman Alvi dan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj, Hilal Khan Afridi dan Konsul Jeneral Malaysia di Karachi, Khairul Nazran.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Uniknya, bekas pengarah produksi dan kualiti Proton Malaysia, Aris Anuar dilantik syarikat berkenaan sebagai Ketua Pengarah Pembuatan di kilang terletak di zon dikenali Greenfield.

Proton menerusi kenyataan ringkas dalam laman sesawang rasminya pula berkata, kilang itu mampu mengeluarkan 25,000 unit kereta setahun dan menyediakan 2,000 peluang pekerjaan.

Malah, dalam jangka masa panjang apabila ia beroperasi dengan sepenuhnya, sebanyak 20,000 lagi pekerjaan secara tidak langsung dapat diwujudkan di negara Asia Selatan itu.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Media Pakistan melaporkan, model CKD pertama dikeluarkan dari barisan produksi tersebut ialah model Saga dan diikuti kenderaan utiliti sukan (SUV), X-70.

Perjanjian bagi pembinaan kilang automotif itu dimeterai antara Al-Haj dan Proton pada 2019 dan sepatutnya memulakan pengeluaran tahun lalu namun tergendala ekoran isu Covid-19.

Sebelum ini, terdapat sejumlah 30 buah kilang pemasangan CKD di seluruh Pakistan sejak dibuka oleh kerajaannya pada 1994 lalu dengan pengeluaran hampir 300,000 unit setahun.

Proton mula mengeksport produk ke luar negara sejak 1986 dan pernah dijual lebih 70 negara, namun kini cuma enam negara iaitu Thailand, Syria, Mesir, Chile, Indonesia dan Pakistan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply