Ini kali pertama unit ujian Proton S50 (SS11) yang dilengkapi dengan kit badan penuh dan ia telah berjaya dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama Joseph Kong, petang tadi.
Foto-foto intipan tersebut telah pun dimuatnaik ke laman group paultan.org Automotive/Car Discussion Group.
Dari foto-foto yang ada, kita dapat melihat beberapa komponen kit badan yang terdiri daripada lip di bawah bampar hadapan, skirt sisi, spoiler kecil pada but belakang dan penyebar (diffuser) di bawah
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Jika anda masih ingat, dalam artikel terdahulu ejen perisik tersohor kami iaitu Mat Bond pernah mengatakan yang model S50 (SS11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian.
Berikut adalah senarai varian Proton S50 (SS11):
- Executive
- Premium
- Flagship
- Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)
Adakah ini varian mercu atau Flagship X atau varian Edisi Khas (SE) model S50 (SS11)? Mungkin ya, mungkin juga tidak.
Namun, jika mengikut ‘resam’ syarikat pengeluar kereta di negara ini, varian yang paling tinggi lazimnya akan dilengkapi dengan kit badan penuh. Tetapi, itu hanyalah andaian penulis semata-mata.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Buat permulaan S50 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.
Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025. Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.
* Gambaran digital dari Theottle
Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):
- Passion Red (Solid)
- White (Solid)
- Space Grey (Metalik)
- Quartz Black (Metalik)
- Armour Silver (Metalik)
- Deep Marine Blue (Metalik)
- Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu
Fasa pengeluaran besar-besaran S50 (SS11) pula dijangka bermula sekitar bulan Oktober, manakala pelancaran rasminya mungkin dibuat seawal bulan November tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Joseph Kong dan paultan.org Automotive/Car Discussion Group
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI